MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih merupakan sambutan persaraan Tuan Haji Che Din Bin Abd. wahab (PK HEM). Majlis ini diadakan pada 1 Oktober 2014 iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1436 Masihi. Majlis dimulakan pada jam 11:30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran 100 orang guru sesi pagi dan petang, YDP PIBG bersama AJK dan lebih 900 orang pelajar. Antara acara yang berlangsung sepanjang majlis tersebut adalah ucapan istimewa daripada Tuan Pengetua, ucapan wakil pelajar, serta ucapan daripada insan yang diraikan. Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak yang disampaikan oleh pelajar, pemberian hadiah, tayangan video khas dan bersalaman dengan guru-guru dan pelajar. Setelah itu, beliau diiring dengan kenderaan yang dihias khas beserta rombongan menghantar terus ke kediaman beliau.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale