MESYUARAT PIBG KALI KE-30 2015

Pada 1 Mac 2015, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30. Perasmian disempurnakan oleh En. Nadzman Bin Mustaffa, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Negeri Kedah Bahagian Khidmat Pengurusan. Majlis bermula sekitar jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Seramai lebih kurang 500 orang waris hadir menjayakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dibawah pimpinan Ustaz Ishak, Ucapan oleh YDP PIBG, En. Harun Bin Hashim, Ucapan Tuan Pengetua, En. Ahmad Bin Jahaya dan seterusnya Ucapan perasmian oleh En. Nadzman Bin Mustaffa. Majlis diserikan juga dengan acara cabutan bertuah kepada semua tetamu yang hadir. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 30.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale