MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL

Minggu Teknik dan Vokasional peringkat SMK Dato’ lela Pahlawan telah berlangsung pada 30 Julai hingga 6 Ogos 2015. Subjek Teknologi dan Vokasional adalah subjek elektif yang penting dipelajari oleh semua pelajar. Subjek Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan KHB pilihan 1, 2 dan 4 diajar untuk peringkat Menengah Rendah, manakal subjek Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk peringkat Menengah Atas. Namun Pencapaiaan pelajar dalam subjek-subjek teknologi dan Vokasional belum begitu memuaskan walaupun walaupun untuk mempelajari bukanlah begitu sukar. Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor pelajar, guru mahupun persekitaran. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Minggu Teknik dan Vokasional merupakan satu program alternatif pada peringkat sekolah agar dapat menjadi pemangkin utama bagi mencetus minat pelajar terhadap subjek-subjek tersebut dan seterusnya pelajar bukan sahaja berminat untuk menguasai ilmu ini bahkan cenderung untuk memilih kerjaya yang sesuai pada masa hadapan.

DSC_0392 DSC_0326 DSC_0278 DSC_0287 DSC_0312

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale