Archive for the ‘Terkini’ Category

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

13 Februari 2017 – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber, Koperasi dan Asrama Sesi 2017 telah diadakan pada 13 Februari 2017, hari Isnin , di Dewan Pahlawan , SMK Dato’ Lela Pahlawan. Majlis disempurnakan oleh Insp. Norasyidin Bin Soyah, cawangan Khas IPD Kulim. Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengawas Koperasi, dan Pengawas Asrama, adalah unit-unit yang terdiri daripada pelajar sekolah. Badan ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.

Mereka yang dilantik akan membantu guru-guru melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, koperasi, asrama dan pusat sumber sekolah. Selain itu, mereka akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas mereka serta menjalankan aktiviti membantu rakan mereka.

Matlamat Majlis Penyampaian Watikah Pengawas ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin cilik yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar SMK Dato’ Lela Pahlawan.

Objektifnya  adalah  untuk melahirkan pemimpin kecil yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Selain itu, memperkenalkan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas PPS dan Pengawas Asrama bagi tahun 2017 kepada para pelajar. Pengawas juga memberi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar serta mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan mereka. Harapan sekolah agar dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa.

p

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

23 Januari 2017 – SMKDLP telah mengadakan Pelancaran Sekolah Penyayang pada 23 Januari 2017 (Isnin).  Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Sekolah penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur –unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

                Pelancaran Program Sekolah Penyayang SMKDLP dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Puzer Bin Muhamad. Antara aktiviti atau pengisian konsep Sekolah Penyayang adalah  seperti:

Kelompok Guru dan Murid;

  1. Memberi Salam, Kad dan Hadiah
  2. Perjumpaan pagi
  3. Menziarahi Murid dan Guru
  4. Memuji dan Tidak Mencela

Kelompok Murid dengan Murid;

  1. Mentor-Mantee
  2. Mesyuarat Kelas
  3. Menggerakkan Badan Pengawas, PRS

Kelompok Warga Sekolah dengan Ibu Bapa

  1. Penglibatan Swasta dengan Sekolah
  2. Kelas Angkat
  3. Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
  4. Banyakkan aktiviti bersama
  5. PIBG

Antara program/ Aktiviti Sekolah Penyayang termasuklah mengalu-alukan kehadiran murid, kad hari lahir murid, Mentor-menteee, Menyemat “Button Badge’, Anugerah Kehadiran Penuh (Individu), Home Visit & Face To Face dan Anugerah Kelas Tertinggi Peratus Kehadiran.

p s r

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

5 Februari – Pelancaran Program Jom ke Sekolah telah dilancarkan pada 5 Februari 2017 (Ahad). Program ini telah sempurna dirasmikan oleh Ins. Norasyidin Bin Soyah, Cawangan Khas IPD Kulim, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah. Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif Program Jom Ke Sekolah adalah ;

  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah,
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada dalam atau di luar sekolah,
  3. Menggalakkan lagi penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid.

p

SMKDLP bersinar di peringkat negeri Kedah

18 Februari 2017 - Kejohanan Merentas Desa MSSK 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Padang Terap. SMK Dato’ Lela Pahlawan telah menghantar wakil seramai 3 orang ke kejohanan tersebut. Kesemua peserta SMKDLP telah mencatat kejayaan di mana bagi kategori P18, Nurjannah telah mendapat tempat  ke 3 manakala Nur Natasha mendapat tempat ke 4. Bagi kategori P15, Akma Nazeefa telah berjaya meraih tempat ke 3. Ketiga-tiga atlit akan mewakili Kedah ke Merentas Desa MSSM yang akan dijalankan nanti. Tahniah dan syabas….

photo_2017-02-18_16-39-27 photo_2017-02-18_16-39-38

Sukantara DLela Meriah!!!!!

16 Februari 2017 – Kejohanan Balapan dan Padang SMK Dato’ Lela Pahlawan semakin hampir. Semua rumah sukan telah mempersiapkan diri untuk melihat siapakah yang akan mengungguli kejohanan kali ini. Sebelum bermulanya kejohanan SMKDLP terlebih dahulu mengadakan Sukantara baggi memastikan semua pelajar dapat meliabtkan diri di dalam sukan di sekolah disamping dapat menyumbang mata kepada rumah sukan masing. Sukantara tahun diadakan dua sesi iaitu pagi dan petang. Sambutan yang baik daripada semua pelajar menyebabkan cuaca panas terik tidak terasa. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Kerja yang berjaya menguruskan Sukantara dengan baik Kepada semua guru….ANDA HEBAT!!

photo_2017-02-17_10-00-15 photo_2017-02-17_10-00-26 photo_2017-02-17_10-00-32 photo_2017-02-17_10-00-43

Sesi Pementoran PBS

16 Februari 2017 – Dalam memperkasa pelaksanaan PBS di sekolah, Jawatankuasa PBS sentiasa memastikan guru-guru diberi pendedahan yang cukup mengenai pengoperasian PBS di sekolah. Sesi Pementoran PBS telah diadakan untuk guru baharu yang ditempatkan di SMK Dato’ Lela Pahlawan pada tahun 2017. Sesi pementoran PBS ini dikendalikan oleh Puan Hashimah dan dibantu oleh Puan Julia dan Puan Shahinaz. Sesi Pementoran seterusnya akan diadakan untuk guru-guru yang memerlukannya.

photo_2017-02-16_18-23-38 photo_2017-02-16_18-23-48

Pemantauan Penjaminan Kualiti PBS

Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah pun bermula di SMK Dato’ Lela Pahlawan. Pemantauan PBS ini merupakan salah satu aspek Penjaminan Kualiti bagi memastikan Pentaksiran Sekolah dialkukan dengan berkesan. Pelbagai aspek diperhatikan sepanjang pemantauan PBS ini antara kesesuaian bahan PdPC dan keakuran kepada Dokumen Standard Kurikulum tingkatan yang terlibat. Ternyata guru-guru SMK Dato’ Lela Pahlawan mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam melaksanakan Pentaksiran PBS di dalam kelas. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran juga digunakan seperti penggunaan ICT dan Pembelajaran Koloborasi dan Koperatif. Tahniah dan syabas!!!

photo_2017-02-15_17-18-45

Perkongsian Amalan Terbaik Panitia Prinsip Perakaunan SMKDLP

Selasa 14 Februari 2017.. Panitia Prinsip Perakaunan telah dipilih oleh PPD untuk berkongsi amalan terbaik panitia sehingga dapat memacu kecemerlangan di dalam SPM 2015. Ketua Panitia Puan Rosmaria banyak berkongsi dengan semua Ketua Panitia daripada sekolah lain dari segi persediaan, perancangan dan pelaksanaan program kecemerlangan panitia. Panitia Prinsip Perakaunan telah mencatat keputusan yang cemerlang dengan menghasilkan 100 % lulus bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Beliau yakin kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dengan kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Tahniah dan terus MENCABAR……

photo_2017-02-14_17-41-08 photo_2017-02-14_17-41-34 photo_2017-02-14_17-41-47PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PRINSIP AKAUN DLELA

Warga D’Lela di Program Outreach & Hari Terbuka PPDKBB 2017

12 Februari 2017 bermulalah Program Outreach & hari Terbuka PPDKBB yang akan berlangsung selama 2 hari. Pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang 2 hari tersebut antaranya pelbagai pameran, pertandingan dan lain-lain lagi. SMK Dato’ Lela Pahlawan juga tidak ketinggalan di dalam mengambil bahagian di dalam program ini. SMKDLP telah menyediakan satu booth untuk pameran Pendidikan Asas Vokasional. Selain disertai oleh 4 orang guru PAV, seramai 20 orang pelajar PAV akan berada di sana untuk memberi sebanyak maklumat mengenai PAV kepada pengunjung. Tahniah dan syabas kepada guru-guru PAV dan pelajar-pelajar PAV.

photo_2017-02-12_08-35-34photo_2017-02-12_08-36-57photo_2017-02-12_08-36-00photo_2017-02-12_09-24-39

photo_2017-02-12_15-21-49

 

CBA in Action!!!!

CBA atau lebih dikenali Computer-based Assessment telah dilaksanakan di SMK Dato’ Lela Pahlawan pada 7 dan 8 February 2017. Penilaian ini melibatkan murid-murid Tingkatan 3 merangkumi pengetahuan di dalam subjek Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. CBA ini dilaksanakan di Makmal Komputer SMKDLP. Ternyata murid-murid yang terlibat amat berdisiplin dan bersungguh-sungguh menjawab soalan di dalam penilaian ini.
photo_2017-02-08_12-56-57

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale