Piagam Sekolah

banner_id

Kami guru dan kakitangan SMKDLP akan bersungguh-sungguh melaksanakan program pendidikan yang terancang dan dirancang secara berpasukan berlandaskan konsep sekolah penyayang untuk:-

1) Semua pelajar menerima layanan yang adil dan saksama tanpa mengira kecerdasan minda

2) Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira kecerdasan minda.

3) Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang berhemah dan berhikmah tanpa mengira latar belakang.

4) Memastikan semua warga sekolah sentiasa menjadikan agenda ko-kurikulum sebagai fokus utama khususnya yang berkaitan dengan pembelajaran pengajaran supaya:-

a) Semua pelajar tingkatan 1 boleh membaca pada akhir tahun persekolahan.
b) Prestasi akademi sentiasa meningkat seterusnya keputusan PMR dan SPM berada pada tahap yang membanggakan dari segi kualiti dan kuantiti.

5) Memastikan semua pelajar berpeluang dan melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
ko-kurikulum khususnya dalam bidang sukan dan olahraga, persatuan dan unit beruniform.

6) Memastikan semua pelajar bersopan-santun dan berbudi bahasa.

7) Memastikan peruntukan kewangan dan kemudahan sekolah digunakan semaksimumnya untuk kepentingan pelajar.

8) Memastikan semua pelanggan menerima ‘perkhidmatan kaunter’ yang mesra dalam tempoh 5 minit.

9) Menentukan segala rungutan, aduan dan rayuan daripada pelanggan diberi jawapan
segera / tepat pada masanya.

10) Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor, dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik sekolah.

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale