Sejarah Dlela

banner_id

SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai diasaskan pada Januari 1985. Pada peringkat awal, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Padang Serai. Pada pertengahan 1986, sekolah ini mendapat bangunan sendiri di Mukim Sidam Kanan dengan keluasan tanah 3.24 hektar.

panorama1

 

Pada tahun 1992, kelas tingkatan 4 telah dibuka. Pada 7 Februari 1995, sekolah ini telah menukar nama dari Sekolah Menengah Padang Serai II kepada Sekolah Menengah Dato’ Lela Pahlawan semperna gelaran orang besar 4 negeri Kedah. Selaras dengan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997 agar semua sekolah ditambanh perkataan ‘kebangsaan’, maka kini nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan.

panorama2

 

Mulai 1998 dibuka kelas aliran sains bagi menyediakan peluang pemilihan pembelajaran yang lebih terbuka. Dewasa kini,selaras dengan kemajuan,menyaksikan pertambahan satu lagi blok bangunan tiga tingkat pada tahun 2001 dengan kemudahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaru serta membolehkan SMKDLP beroperasi satu sesi pengajaran. Pada tahun 2002 menyaksikan satu lagi kemudahan kepada pelajar dengan terbinanya asrama sekolah yang dapat menampung 100 orang penghuni khususnya kepada pelajar yang tinggal berjauhan daripada sekolah.

panorama3

 

Selain itu, sekolah ini telah mempertingkatkan perpustakaan dengan membekalkan penghawa dingin serta menambah bilangan buku bagi memupuk budaya suka membaca serta membuat rujukan. Selaras dengan ledakan teknologi maklumat, makmal komputer serba lengkap telah diwujudkan.Pada tahun 2003 SMKDLP juga telah dinaik taraf sebagai sekolah Projek Sukan Daerah Kulim Bandar Baharu.

This theme is designed by Website Flash Templates along with PDC, diaper cakes by abby and Business For Sale