
|
Lawatan Khidmat Masyarakat ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka |
 |
Pada Khamis lepas, 28hb Oktober 2010, sekumpulan pelajar SMK Dato Lela Pahlawan seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan 3 dan 4 serta 10 orang guru telah mengadakan lawatan khidmat masyarakat ke Rumah Seri Kenangan di Cheng, Melaka. Lawatan ini adalah anjuran unit Pendidikan Sivik dan Kewarganeraan dan Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG). Sebelum ke rumah kenangan, pelajar sempat membuat lawatan ke Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya, ke bahagian Buku Teks. Selain itu, pelajar juga telah mengadakan lawatan ke Taman Mini Malaysia, Petrosains, Pusat Sains Negara, dan I-City di Shah Alam.
|
|
Lawatan Cameron Highland |
 |
|
Kem Perdana 2010 |
 |
| Kem Perdana pada 29hb September hingga 30hb September 2010 diadakan bagi bertujuan untuk melengkapkan jam kredit untuk Ko-kurikulum pelajar sesi petang. Kem ini dibahagikan kepada beberapa sesi untuk aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, kawad kaki unit beruniform, senamrobik, persembahan pelajar, gotong royong, aktiviti berkumpulan mengikut kelab dan persatuan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan urusetia yang terlibat bagi menjayakan kem ini. |
|
Jamuan Aidilfitri warga Asrama dan Jamuan Perpisahan Cikgu Salleh
|
 |
|
|
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010
|
|
Pada hari Khamis 23 September SMK Dato Lela Pahlawan telah mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah yang disambut secara sederhana memandangkan Peperiksaan PMR semakin hampir. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, guru-guru kelas serta para pelajar sekelian.
|
|
| Laporan dan aktiviti terdahulu.. |
|
|
|